Pages

Sep 1, 2011

Selamat menyambut Syawal dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Ampun Maaf Jika Ada Salah Silap.



Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.
Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.





Renung2kan dah selamat Beramal.

Jul 30, 2011

< Ramadhan Kareem >

Bismillah , 3ala barakatillah.

Alhamdulillah dapat juga update blog sekian lama x update. sibuk skit dgn hal keduniaan.

Pejam celik , pejam celik. bulan Ramadhan akan menjelma. Semoga Ramadhan kali penuh makna bagi semua umat islam. Tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan. اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ.. اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ .




ini bermakna sudah hampir setahun aku berada dibumi jordan nie. Cepatnya masa berlalu. Allah. Allah.

Final Exam dah x lama dah. 3hb August  pastu blik mesia 7hb.... yeaahh . Alhmdulillah. pelbagai cabaran dan dugaan yang ku hadapi sepanjang musim soifi nie. dengan panasnya. Masyallah. Hanya Allah sja yg tahu.

Apa2 pown selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua mmber2.

Jul 2, 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab




بسم الله الرحمن الرحيم
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير  ) الإسراء(1:

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Google Image

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 kerasulan Rasulullah S.A.W.. Iaitu selepas berakhirnya pemboikotan kaum Quraisy ke atas Bani Hasyim dan Bani Mutalib, iaitu dua keluarga besar Rasulullah s.a.w.  dan setahun selepas ammul huzni (Tahun kesedihan) . Tahun ke-11 kerasulan baginda disebut sebagai ammul huzni kerana baginda kehilangan 2 orang manusia yang amat baginda sayangi iaitu bapa saudara baginda, Abu Talib dan zaujah baginda sendiri, Siti Khadijah R.A.  Mereka berdua adalah antara orang yang banyak memberi sokongan kepada Rasulullah s.a.w sepanjang siri dakwah baginda.

Israk ialah perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, manakala Mikraj ialah peristiwa baginda diangkat dari Masjidil Aqsa menembusi langit ke-7 terus ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini baginda ditemani malaikat Jibril a.s. dan menaiki sejenis binatang bernama Buraq. Antara sebab berlakunya Israk Mikraj ini ialah:

1)     1.      Bagi menguatkan lagi iman dan keyakinan baginda setelah diuji dengan pelbagai musibah seperti pemboikotan orang-orang Quraisy, kematian 2 orang kesayangan dan peristiwa Rasulullah dilontar batu di Thoif.
2)     2.   Ujian kepada umat Islam ketika itu untuk beriman kepada Rasulullah s.a.w kerana perjalanan yang beribu batu dan melintasi 7 lapisan langit hanya berlaku dalam ¾ malam.
3)     3.    Menzahirkan golongan yang benar-benar beriman kepada Rasulullah dan sebaliknya.
Beberapa peristiwa telah berlaku sepanjang Israk, yakni perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

  4.      Baginda diarahkan Jibril a.s untuk bersembahyang sunat 2 rakaat di Madinah, tempat di mana berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w. kemudian di Bukit Tursina, tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu dari Allah dan di Baitul Laham (Bethelehem), tempat lahirnya Nabi Isa a.s..

Kemudian baginda menyaksikan beberapa peristiwa yang berbentuk simbolik dan ajaib. Antaranya ialah:

      1.  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Mengambil hikmah dari Masyitah yang berjihad mempertahankan keimanan beliau.

      2.  Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

      3.  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

      4.  Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

      5.  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

      6.  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

      7.  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

      8.  Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

      9.  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

      10.  Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

      11.  Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

      12.  Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

      13.  Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Kemudian baginda tiba di Masjidil Aqsa dan melakukan solat sunat 2 rakaat berserta para nabi dan para utusan di belakang sebagai makmum baginda. Sebagai penunjuk bahawa Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin utama sekalian nabi dan rasul.

Penyaksian peristiwa di atas adalah untuk menunjukkan ganjaran dan balasan bagi sebahagian amal kebaikan dan kemungkaran yang dilakukan manusia. (Peristiwa 1 – 10)

Kemudian baginda turut mendapat gambaran umat baginda yang lalai dalam kemewahan dunia (11), orang yang mensia-siakan hayat (12), tamsilan umur dunia (13). Baginda turut dihidangkan 2 jenis minuman oleh Jibril a.s. iaitu susu dan arak. Baginda memilih susu maka Jibril a.s. berkata sesungguhnya baginda telah melakukan pilihan yang betul, jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan sesat.


Mikraj (Tangga) pula merujuk kepada peristiwa Rasulullah s.a.w diangkat dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha seterusnya bertemu dengan Allah S.W.T. Berikut merupakan kronologi Mikraj Rasulullah s.a.w.:
1.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umat mu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umat mu. Suruh lah umat mu menanam tanaman syurga iaitu “la haula wala quwwata illa billah” mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Sampaikan salam ku kepada umat mu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: “subhanallah, wal-hamdulillah, wa la ilaha illallah allahu akbar” dan “wa la haula wa la quwwata illa billahil- 'aliyyil-'azhim”. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.   

Rasulullah        :       Labbaika.  

Allah S.W.T     :       Angkatlah kepala mu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  

Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umat mu. Aku buka dada mu dan buangkan dosa mu. Aku jadikan umat mu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi mungkar. Aku kurniakan mu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panji mu. Dan Aku fardhukan atas mu dan umat mu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam. waAllahua3lam.



Kisah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj
Diceritakan dalam satu kisah yang lain, sebelum berlakunya Israk Mikraj. Berlaku satu perbualan antara langit dan bumi. Tetapi kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan, sekadar untuk perkongsian bersama. 
waAllahua3lam.

Berkata bumi kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'Arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, di tempat ku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, se utama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempat ku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempat ku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepada ku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusan nya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj
waAllahua3lam..

sumber  : kalam Setapak Melangkah™

Jun 28, 2011

Panas!! Panas!! Panas!! Itu semua kuasaan Allah .

Salam Allaik .,

Bismillah .
lama x update blog nie. dah hampir sebulan. biasa la hbs nyer exam final sem lepas terus gi rehlah n umrah. x dak masa untk update. But , alhmdulillah masih dikurniakn lagi 2 nikmat terbesat iaitu nikmat Sihat n Masa Lapang.

Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).


A3la Kullihal , sama2 kita ucapakn "Alhamdulillah" kepada Rabbul Izzah atas nikmat yg diberikan.


Taun nie alhmdulillah , Allah telah memilih aku , hamba yang hina ini untuk menziarahi Baitul Haram. Rehlah umrah sepanjang 12hari 12malam telah memberi seribu makna kepada aku. Aku berasa amat bertuah n bersyukur dapat menjadi tetamu Allah. Allah!!


Berdasarkan kepada pengkaji2 , Baitul Haram adalah tempat paling tenang di atas muka bumi ini. Ia boleh memuatkan berjuta2 orang sepanjang tahun dan telah menjadikan tempat paling popular tempat untuk diziarahi. MasyaAllah. 




SubhanAllah , Alhamdulillah , Allahuakbar .


Rasa mcm nak pegi lagi , smoga Allah menjemput aku lagi . Biiznillah.


Balik dari umrah , Allah nak uji aku lagi . Demam2 manja. Mungkin disebabkan perubahan cuaca. Disana panas n bahangnya yg teramat. Hanya Allah saja yg tahu. Itulah kuasa Allah.  Seminggu rehat tidak cukup untk hilangkn letih dari Haramaian. Letih yang teramat. 


Setelah seminggu berehat , maka mula la Semester Pendek musim panas. warrrhhh. Panas la jgk tpi x dak la panas sgt. Alhmdulillah berjaya dapat tasjil 2 madah . Ulum Quran n Qawaid Lughawiyyah. Fighting!


Ok. setakat tu ja. tulis nie pown sbb x nak tdoq lepas asaq. he3..
Doa2kn smoga aku tabah menumpuh ujian Allah. 
Ameen. Insyallah.



May 7, 2011

Musim Peperiksaan Kembali Lagi . :))

Bismillah ,

Asslamualaikum Sahabat semua,

Alhamdulillah diberikan kesempatan untk mengupdate blogku. baru hbs exam second , exam final menjelma plak. itulah dikatakan dengan ujian duniawi..alhmdulillah.

Aku tersentuh dgn kata2 Presiden PERMAI pada Solat Hajat di Masjid Jamiah beberapa hari lepas .

Apabila sampai musim exam , smua owg sibuk dgn study . tpi hubungan kita dgn Allah sudah lupa . Ini dikatakan kita x mendapat barakah Allah s.w.t .
Kita sepatutnya perlu bergantung kepada Allah s.w.t dan disamping itu usaha.

Hubungan Allah s.w.t perlu letakkan awlawiyat  (keutamaan) dibanding akademik kita ..

Di Kesempatan ini jgk , aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kpd Ibuku tersyg . Jasa dan pengorbananmu sentiasa ku kenang sampai akhir hayat. Ameen !

Didalam Hadis , sabda Rasul Allah s.a.w : "Apabila seseorang manusia itu meninggal , maka terputuslah segala pahala amalannya melainkan 3 perkara ,
1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yg bermanfaat
3. Doa anak yg soleh.


smoga allah mmberkati kita semua , jom kita doakn kebahgian kedua ibubapa kita. diorng telah mendidik dan membesarkan kita. 

Doakn untk ku sma untk exam final nie..

Jumpa lgi pda post akan dtg. 

Wassalam.

Apr 18, 2011

Minta Maaf

Salam Allaik..

Mohon Maaf kerana x dpt update blog dalam beberapa hari sebab internet server buat hal..

Terima Kasih.

Apr 12, 2011

Allah Sayang Kpd Kita...

Bismillah kita mulakan..

Alhamdulillah dapt jugak update blog walaupown sibuk dalam "fatrah imtihan".. 

Di masa singkat nie aku nak bercoret ckit.

kadang2 kita terpikir : " Adakah Allah Sayang Kita??

jawapan nya "Yes , ya , Na'am"


kenapa aku kata mcm tu .. WHY??
kita ambl contoh , sakit@dilanda musibah@dugaan


Kenapa Allah bg kita sakit@dugaan.. mesti kita terpikir , " Kalau Allah syg Kita mesti DIA x akan uji hambaNYa mcm nie.. "


ini lah tanda Allah syg kepada kita dengan memberi ujian , dugaan @ sakit .. Allah nak uji ummatnya supaya bertaqwa kepada Allah .. Allah nak hapuskan dosa2 kita.. Supaya hambaNya x masuh ke dalam api neraka.
haa... la baru tau betapa sayangnya Allah kepada kita.. DIA x nak kita diazab oleh azab yg pedih.. DIA nak balas kat dunia. nnti kat akhirat x kena dah. tapi nak kifarah dosa kita yg bertimbun2 tu bukan cukup dgn dugaan@sakit sekali dua.. sbb tu la mcm2 penyakit jgak datang.. sabar la wahai sahabat.. 


tetapi adakah kita sedar semua itu?? kita cuma tahu mengeluh saja.. 

kita amik kisah Nabi Ayyub a.s. sudah la...Baginda seorang nabi..tetapi diuji dgn ujian penyakit kulit yg amat teruk..sehinggakan semua org menjauhi Baginda termasuklah keluarga Baginda sendiri,kecuali isteri Baginda sahaja yg masih setia merawat dan menjaga Baginda...namun..Baginda x pernah mengeluh...x pernah BERSANGKA BURUK langsung terhadap Allah..tawu ape kata Baginda bila isteri Baginda menyuruh baginda meminta doa kepada Allah agar disembuhkan ??
"apalah sangat penderitaanku ini berbanding nikmat kekayaan dan kesenangan yang telah kita kecapi selama ini dariNya ?aku malu untuk mengeluh..kerana aku sudah bersenang sebelum ini"

Masyallah sahabat. ini kata nabi. kalau kita mcm mana plak.? renung2kan lah..

wahai sahabat ....
"Taqwalah kamu kepada Allah "
hari nie mood muhasabah sikit.. termasuk lah aku sekali .. perlu bnyak berubah lagi.. kita sma2 lah saling peringat memperingati satu sama laen . seperti dalam ayat AlQuran menyebut :


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ المُؤْمِنِينَ

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

(51:55)


so,lepas ni,kalau ada antara kita yang jatuh sakit,jgn ada yg mengeluh...sentiasa bersangka baik dgn Allah..insyaAllah...Dia dah atur benda lain untuk kita..sentiasa yakin dgnNya...

malah,bila jatuh sakit,ucapkanlah Alhamdulillah..Allah masih amik kisah pasal kita..Dia xmau kita kena azab teruk2..


*setakat ini sajalah untuk malam nie. ini ja ilmu dapat dilontarkn pda mlm nie. blank. 
[mood : exam , muhasabah..]

sama2lah kita doakn kejayaan kita. "Semoga Allah Memudahkn Urusan Kita" ameen..
bittaufiq kepada sahabat2 semua..

Alhamdulillah...

Apr 4, 2011

Masa berlalu dgn Begitu Pantas ..



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah , dapat jugak update blog sekian lama dengan kesibukan dunia. minggu lepas dah lepas dah 1 acara tahunan mahasiswa jordan , Kejohanan Sukan Mahasiswa SeJordan (KARISMA 2011) yang berlangsung di irbid nie. Tahniah ah ats peserta yang menang dan yang kalah tu boleh cuba lagi tahun hadapan. insyallah. walaupown jdi kuli AJK ja alhmdulillah dpt jugak ku berbakti kepada kwn2 . time bila lagi nak berbakti kepada kwn2.? time nie la. sori ats kekurngan , biasa la manusia mana ada yg fully perfect. dah hbs bab tu.

dalam tgh berkarisma pown ada exam. tu dpt tolong2 mcm tu ja. alhmdulillah result pown biasa. x gempak mana pown. aku redha jer la dengan result yg dpt. nak buat mcmna. mmng setimpal lah markah aku dpt. alhmdulillah.

semenjak kebelakngn ini aku banyak dok pikir pasal Hati. biasa la zaman bujang sekarang nie dok pikir mcm2. fitrah manusia la @ normal la kalau dia dok pikir pasal Hati@Cinta . alhmdulillah la normal jgk. cuma aku masih menghayati lagi owg dok kata " Ajal Maut dan Jodoh di tangan Tuhan".. x dpt nafikan ah. aku percaya , semua ini kehendak Tuhan. cuma akau tertnya2 , mcm mana kita nak tahu dia tu jodoh kita ? aku pown x berapa paham ah. x kan lah jodoh tu tiba2 dtg mcm tu ja. x kenal apa2 trus kwin. adakah mcm tu?

kowt2 ada sahabat2 or pembaca blog nie boleh bg idea or pndngan korng ,silakn la. 


Kahwin adalah satu wasilah untuk memperbaiki diri dan menjaga perhubungan serta mengelakkan zina. Apabila berada dalam dunia penuh tanggungjawab, mereka akan mula berubah ke arah yang lebih baik, dan dalam masa yang sama tuntutan nafsu mereka juga terjaga.

Tetapi terkecuali di sini manusia yang mahu berkahwin semata2 kerana nafsu dan seks!

Semua orang tahu, pihak yang melarang kahwin muda kebanyakannya mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup pengalaman, tidak matang, tidak ada kemampuan dan yang sewaktu dengannya. Saya tidak menafikan bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu suatu perkara yang berat.

Kalau satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat atas adalah  baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.

Kesimpulanya, belajar lah dulu baru kawin ... he3. dalam tempoh masa berlalu kita dpt mematangkn diri kita dan lebih bersedia. insyallah..


dah hbs dah bab tu. kita lupakn sekejap. he3.. sekarang tumpu kepada pelajaran jap. minggu depan dah nak start nak exam kedua. wahh3. bertapa cepatnya masa berlalu. doakn kjyaan aku. syukran


sekian.

*thnkz kwn2 ats support. Hanya Allah saja dapat membalas jasa korang...



Mar 20, 2011

بتوفيق والنجاح

Bismillah..

alhamdulillah dapat jugak update blog ini walapon dah lama x update. sekarang nie dah akhir bulan 3 dan kini genaplah aku ngan kwn2 aku berada di bumi Jordan ini. sedaq x sedaq dah stengah taun dah kami berada disini. kalau pndang balik jangka msa ini berapa banyak ilmu yang aku dapat disni . kalau nak dikira terlampau sedikit.  tidak cukup lagi bekalan untuk diriku untuk membawa pulang .. need to improve more.

Insyallah ,

sekarang merupakan "exam week" walapon beberapa hari lagi nak habis "imtihan awal" sem ke 2. x per. bnyak lagi exam yang perlu ditempuhi .

Sedikit benda nak share,

kadang2 kita sedar tak sedar , apabila result exam keluar kita selalu menggeluh dan x redho dgn apa yg kita dapat.. pas2 mula la nak salah kan owg len sbb x dpt mrkh tnggi.. ini semua ketentuan Allah.

walaupown ada owg cakap , belajar bukan kerana "muaddal"(markah) tapi kerana ilmu .. boleh dibilang dgn jari berapa ramai yang belajar kerana ilmu sekarang. dalam kitab Imam Syafie , dia mnyebut " Ummat akhir zaman ini , ilmu hanya di atas kertas".. aku x dapat nafikan .. memng realiti sekarang macm tu termasuklah diri aku ini.. Tapi.. Kalau belajar kerana ilmu pown mesti dapat markah tinggi..

"Tepuk dada tanya diri sendiri ".. sbb apa kita dpt mrkh rendah.. mungkin sbb kita study x cukup ??.. mngkinkah nota kita tidak efektif.?? . tidak. kita dah stdy molek dah.. tapi...

tapi kita lupa kepada Allah s.w.t  ?? dosa maksiat yang kita lakukan secara sedar mahupown tidak sedar ... wahai sahabat dan diri aku. . sedarlah daripada kelekaan .. Ya Allah !!

dari sini kita dapat menilai kenapa hidup kita tidak aman , damai.. .. kenapa hati kita kacau bilau. kenapa??/
Allah .. kerana kita tidak mendapat keredhaan Allah dalam hidup kita.

marilah sama2 kita muhasabah diri kita balik termasuk aku "Hamba Yang Berlumur Dosa". kenapa terjadi bergini .!! bertaubatlah selagi Allah membuka pintu taubatNya. Sebaik2 taubat adalah taubat Nasuha .. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..

(إن الله غفور الرحيم)

[mood : muhasabah diri] 


Ya Allah. Tabahkan lah hati HambuMu ini.. 
Good Luck dalam exam kepada kwn2 . ingat Allah Bersama Kita. (إن الله معنا)
Study2 gak. Ibadah pown kena jaga jugak! 





Mar 8, 2011

Mari Kita Menghayati Peristiwa diSebalik BULAN RABIUL AWAL DAN RABIUL AKHIR

Jom Kita Hayati..

Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak permulaan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.Bulan Rabiul Awal dan Rabiul Akhir merupkan bulan ketiga dan keempat dalam kalendar Islam.Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula ialah bulan kedua musim bunga.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
1.Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Di keheningan 12 Rabiulawal tahun gajah lahirlah seorang insan pembawa rahmat bagi seluruh alam. Kehadiran baginda telah mengubah dunia dari kejahilan kepada kefaqihan.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah:-
Ø  peperangan Safwan (Badar pertama)
Ø  Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
Ø  Bani An-Nadhir
Ø  Daumatul Jandal
Ø  peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
7.  Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
1. Peperangan Jamal (Unta)
Perang saudara pertama dalam sejarah Islam

Mar 5, 2011

Seratus Sunnah Nabi Dalam Kehidupan Seharian

Sunnah Semasa Tidur

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ...
Maksudnya:
Daripada Barra' bin Azib RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu hendak ke tempat perbaringan, berwuduklah sebagaimana wuduk untuk sembahyang kemudian baringlah di atas lambung kanan...
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya:
Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.
( Riwayat Bukhari)

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلام شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى فَأَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تَجِدْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ مَكَانَكِ فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلاثًا وَثَلاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلاثًا وَثَلاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ قَالَ التَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلاثُونَ
Maksudnya:
Daripada Ali katanya: Fatimah RA mengadu tentang apa yang terjadi pada tangannya sebab menggiling. Beliau pergi mengadap Rasulullah SAW untuk memohon seorang pembantu tetapi baginda tiada.beliau meninggalkan pesan terhadap Aisyah. Apabila Rasulullah SAW kembali Aisyah memberitahu baginda. Kata Ali RA: Baginda datang menemui kami di tempat tidur, lalu aku berdiri untuk menyambut. Baginda bersabda: duduklah, lalu baginda dua bersama kami sehingga aku dapati kaki baginda terasa sejuk di atas dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu berdua apa yang lebih daripada pembantu? Apabila kamu ke hamparan tidur atau tempat berbaring bertakbirlah ( الله أكبر ) 33 kali,
bertasbih (سبحان الله ) 33 kali
dan bertahmid ( الحمد لله ) 33 kali. Ini lebih baik bagi kamu daripada pembantu.
Kata Ibnu Sirin tasbih adalah sebanyak 34 kali.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam

عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاتُهُ

Maksudnya:
Daripada Ubadah bin al-Shamad RA: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bangun pada malam lalu ia membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
( Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada bagiNya, bagiNya kerajaan dan kepujian, Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Segala puji-pujian hanya untuk Allah,,Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.)
Kemudian ucap: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ( Ya Allah! Ampunkanku ) dan kalau ia berdoa pasti mustajab doanya dan jika ia berwuduk kemudian sembahyang pasti diterima sembahyangnya.
(Riwayat Bukhari)

5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya:
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA katanya Rasulullah SAW bersabda: ِApabila kamu berbaring di tempat tidur bacalah:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا
( Dengan namaMu ya Allah aku mati dan hidup ).
Dan apabila bangun dari tidur bacalah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“ Segala puji-pujian bagi Allah Yang Menghidupkan( membangunkan ) kami setelah kami mati (mati) dan kepada-Nya kami dibangkitkan.”
( Riwayat Bukhari)


Sunnah Wuduk dan Sembahyang

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ الأَنْصَارِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ قِيلَ لَهُ تَوَضَّأْ لَنَا وُضُوءَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَا بِإِنَاءٍ فَأَكْفَأَ مِنْهَا عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَاسْتَخْرَجَهَا فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدَةٍ فَفَعَلَ ذَلِكَ ثَلاثًا
Maksudnya:
Daripda Abdullah bin Zaid bin Asim al-Ansari, dia adalah sahabat, katanya: ia diminta untuk mengajar cara wuduk Rasulullah SAW lalu ia minta satu bekas air. Ia tuang ke atas dua belah tapak tangannya. Dicucinya tiga kali kemudian ia memasukkan tangannya lalu dikeluarkannya , dia berkumur dan menghisap air ke dalam hidung dengan satu tapak tangan. Dia lakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.
( Riwayat Muslim )

7- Berwuduk Sebelum Mandi

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila mandi jenabah baginda memulakan dengan membasuh dua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk sembahyang selepas itu dimasukan jejari dalam air lalu mengosok-gosok hingga pangkal rambut. Selepas itu dijirus air ke atas kepada tiga kali dengan tiga cedukkan kedua belah tangannya. Kemudian meratakan air keseluruh badan baginda.
( Riwayat Bukhari )

8-Baca Doa Selepas Wuduk

عُمَرُ قَالَ إِنِّي قَدْ رَأَيْتُكَ جِئْتَ آنِفًا قَالَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ
Maksudnya:
Umar berkata: Aku nampak kamu datang mendahului. Katanya, sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian mengucap:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
(aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan rasulnya). Pasti terbuka pintu Syurga yang lapan dan ia boleh masuk mana yang ia suka.
( Riwayat Muslim)
** Setelah itu baca doa selepas berwuduk iaitu:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَوَّابِيْنَ، واجْعَلْنِيْ مِنَ المُتَطَهِّرِيْنَ
Maksudnya:
Ya Allah! Jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yang sentiasa bertaubat dan orang-orang yang sentiasa bersuci.”
( Riwayat Tarmizi )

9-Jimat Penggunaan Air

ابْنُ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْسِلُ أَوْ كَانَ يَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ وَيَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ
Maksudnya:
Kata Ibnu Jabr aku mendengar Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW mandi dalam kadar satu gantang hingga lima cupak dan berwuduk dengan satu cupak air.
( Muttafaqun Alaihi)


10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

َقَالَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini kemudian ia sembahyang dua rakaat tanpa diselangi percakapan, pasti Allah ampunkan dosanya yang terdahulu.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi dari Humran hamba Othman)

11-Menjawab Seruan Azan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ...
Maksudnya:
Daripada Umar bin al-Ash RA katanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar Muazzin hendaklah kamu ucap sebagaimana ia ucap kemudian berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya sesiapa yang selawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali...
( Riwayat Muslim)

Selepas berselawat, ia hendaklah berdoa:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda: Selepas ia selawat kepadaku ia membaca:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
(“ Ya Allah! Yang memiliki seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, berikanlah Muhammad Wasilah dan keistimewaan serta bangkitkanlah dia dalam kedudukan yang terpuji yang Engkau janjikan kepadanya.” )
Pasti ia boleh memperolehi syafaatku pada hari Kiamat.
( Riwayat Bukhari )
** Dengan menjawab azan dan doa selepasnya membolehkan seseorang itu mendapat syafaat Rasulullah SAW


12- Banyak Bersugi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Kalau tidak kerana menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap kali sembahyang.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

** Termasuk dalam sunnah, bersugi pada setiap kali bangun dari tidur, ketika berwuduk, berubah bau mulut, membaca al-Quran, dan masuk rumah.


13- Ke Masjid Awal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah manusia itu tahu tentang kelebihan seruan azan dan saf pertama kemudian ia tidak dapat melainkan terpaksa berkongsi mereka pasti akan berkongsi. Kalau manusia tahu tentang kelebihan datang awal pasti mereka berlumba-lumba kepadanya. Kalau manusia tahu tentang Isyak dan subuh pasti mereka pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)


14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan perkara yang menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Para sahabat berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakan wuduk daripada yang keji, banyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang selepas sembahyang demikian itu adalah berkait.
( Riwayat Muslim)

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلاةُ فَلا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
Maksudnya:
Abu Hurairah berkata: aku mendengar Rasulullah bersabda: Apabila didirikan sembahyang, jangan kamu pergi secara berlari-lari. Pergilah dengan berjalan, hendaklah kamu sentiasa tenang, apa yang kamu sempat, kamu sembahyang dan apa yang terlepas sempurnakanlah.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ أَوْ عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
Maksudnya:
Daripada Abu Humaid atau Abu Usaid RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu masuk masjid hendaklah ia ucap:

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya Allah! Bukakanlahuntukku pintu-pintu rahmat-Mu”.‏ Dan apabila keluar hendaklah ia ucap:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
Ya Allah! Daku mohon kelebihan-kelebihan daripadaMu.
( Riwayat Muslim )

17- Sembahyang Berhadang

عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ فَلْيُصَلِّ وَلاَ يُبَالِ مَنْ مَرَّ وَرَاءَ ذَلِكَ

Maksudnya:
Daripada bapa Musa bin Talhah katanya, Rasulullah SAW berkata: Apabila seseorang kamu telah meletakkan di hadapannya seperti hujung pelana kuda, hendaklah ia terus sembahyang dengan tiada mempedulkan siapa yang berlalu di belakangnya itu.
( Riwayat Muslim)

** Sutrah adalah penghadang yang diletakkan di hadapan orang yang sedang bersembahyang, ia seperti dinding, tiang, atau lainnya dan (muakhkhir ul rahl) hujung pelana adalah yang tinggi lebih kurang sehasta.

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ طَاوُسًا يَقُولا قُلْنَا لابْنِ عَبَّاسٍ فِي الإِقْعَاءِ عَلَى الْقَدَمَيْنِ فَقَالَ هِيَ السُّنَّةُ فَقُلْنَا لَهُ إِنَّا لَنَرَاهُ جَفَاءً بِالرَّجُلِ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ بَلْ هِيَ سُنَّةُ نَبِيِّكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya:
Daripada Abu az-Zubir katanya, dia mendengar Tawus berkata kepada Ibnu Abbas RA tentang duduk iq a'k atas dua kaki. Ibnu Abbas berkata: Ia adalah termasuk dalam sunnah. Kami kata lagi: Kami nampak ia ( duduk iq' ak) macam orang bengis. Kata Ibnu Abbas: Bahkan ia adalah sunnah nabi kamu.
( Riwayat Muslim)

** Iq'ak adalah duduk ketika berada di antara dua sujud iaitu dengan merapatkan dua belah kaki dan duduk atas dua tumit dengan didirikan dua belah kaki serta jari-jari kaki mengadap kiblat walaupun begitu duduk iftirasy lebih afdhal iaitu duduk atas tapak kaki kiri dan kaki kanan didirikan.

19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir

فَقَالَ أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ أَنَا كُنْتُ أَحْفَظَكُمْ لِصَلاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَيْتُهُ إِذَا كَبَّرَ جَعَلَ يَدَيْهِ حِذَاءَ مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ يَدَيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ هَصَرَ ظَهْرَهُ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُودَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ غَيْرَ مُفْتَرِشٍ وَلا قَابِضِهِمَا وَاسْتَقْبَلَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ الْقِبْلَةَ فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ
Maksudnya:
Abu Humaid al-Saidi katanya: Aku lebih hafaz daripada kamu berkenaan sembahyang, aku nampak baginda apabila bertakbir, dua belah tangan baginda separas bahu, apabila rukuk, dua tangan baginda mencengkam lutut kemudian mematahkan belakangnya apabila mengangkat kepala dengan lurus sehingga setiap tulang-tulang berada di tempatnya ( bangkit berdiri tegak ). Apabila sujud, tangan tidak dibaringkan di lantai, tidak menggengam, semua jari-jari kaki mengadap kiblat. Apabila duduk pada rakaat kedua duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan didirikan. Apabila duduk pada rakaat akhir, kaki kiri di bawah kaki kanan yang dirikan dan duduk di atas lantai.

( Riwayat Bukhari)

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنَّا إِذَا كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلاةِ ... قُولُوا التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ فَإِنَّكُمْ إِذَا قُلْتُمْ أَصَابَ كُلَّ عَبْدٍ فِي السَّمَاءِ أَوْ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنْ الدُّعَاءِ أَعْجَبَهُ إِلَيْهِ فَيَدْعُو
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: kami bersama Rasulullah SAW dalam semabahyang.... Rasulullah SAW bersabda: ucaplah:

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ
( Semua ucapan penghormatan,selawat dan yang baik-baik untuk Allah. Salam sejahtera, rahmat dan keberkatan Allah ke atas kamu wahai nabi. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh) Apabila kamu ucapnya, semua makhluk di langit, di antara langit dan di bumi mendapat bahagian dalam keselamatan. Dan ucap,

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
( aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya). Selepas itu ia boleh pilih untuk berdoa dengan doa yang ia paling tertarik.
( Riwayat Bukhari)

** Ini adalah salah satu dari tiga bentuk bacaan tahyat dari riwayat yang shahih..

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَوْ إِلاَّ بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Umul Habibah RA isteri Rasulullah SAW katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesiapa daripada kalangan orang Islam yang melakukan sembahyang sunat setiap hari sebanyak dua belas rakaat selain yang fardhu melainkan Allah bina untuknya sebuah istana dalam syurga.
( Riwayat Muslim)

** Sunat rawatib bilangannya dua belas rakaat sehari semalam iaitu empat rakaat sebelum sembahyang fardhu zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum subuh.

22- Sembahyang Dhuha

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
Maksudnya:
Daripada Abu Zar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Setiap pagi, sendi seseorang kamu memerlukan satu sedekah, setiap tasbin sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, menyuruh kepada kebaikan sedekah, mencegah mungkar sedekah, dan digantikan demikian dengan sembahyang dua rakaat dhuha.
( Riwayat Muslim)
** Waktu yang afdhal untuk sembahyang dhuha iaitu setelah matahari tinggi memanas dan kesudahannya apabila gelingcir matahari dengan masuk waktu zohor, sekurang-kurang bilangan rakaat adalah dua rakaat, boleh ditunaikan hingga lapan rakaat sebagaimana terdapat dalam beberapa riwayat.


23-Qiyamullail

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَرْفَعُهُ قَالَ سُئِلَ أَيُّ الصَّلاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ ..فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلاةِ بَعْدَ الصَّلاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ...
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW ditanya: Manakah sembahyang yang lebuh afdhal selepas sembahyang fardu…? Baginda bersabda: Sembahyang yang lebih afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang tengah malam…
( Riwayat Muslim)

24- Sembahyang Witir

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْعَلُوا آخِرَ صَلاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jadikanlah sembahyang malam yang berakhir dengan witir.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

أَبُو مَسْلَمَةَ سَعِيدُ بْنُ يَزِيدَ الأَزْدِيُّ قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي نَعْلَيْهِ قَالَ نَعَمْ
Maksudnya:
Diajukan soalan kepada Anas bin Malik: Adakah nabi SAW bersembahyang dengan memakai dua belah saliparnya? Dia menjawab: Ya!
(Riwayat Muslim)

** Walaupun sunnah memakai salipar dalam sembahyang tetapi bagi masjid yang dibentangkan dengan permaidani yang indah-indah tak patut kita pakai salipar atau kasut di dalamnya. Kita boleh memakai salipar dalam sembahyang di tempat yang bersesuaian seperti ketika berkelah di pantai, hutan, di tepi jalan , dalam kebun, di padang dan sebagainya.

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ رَاكِبًا وَمَاشِيًا زَادَ ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ فَيُصَلِّي فِيهِ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar RA katanya Rasulullah SAW pergi ke masjid Quba' kadang-kadang menunggang dan kadang-kadang berjalan kaki. Ibnu Numair menambah daripada hadis Nafi’ katanya: Baginda sembahyang dalamnya dua rakaat.
( Muttafaqun Alaihi)

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ الصَّلاَةَ فِي مَسْجِدِهِ فَلْيَجْعَلْ لِبَيْتِهِ نَصِيبًا مِنْ صَلاتِهِ فَإِنَّ اللَّهَ جَاعِلٌ فِي بَيْتِهِ مِنْ صَلاتِهِ خَيْرًا
Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menunaikan sembahyang di masjid, hendaklah ia jadikan juga rumahnya ada bahagian sembahyang kerana Allah akan menjadikan di rumahnya yang ada sembahyang kebaikan.
(Riwayat Muslim )

28-Sembahyang Istikharah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW mengajar kami tentang sembahyang Istikhara dalam semua urusan sebagaimana baginda mengajar surah dalam al-Quran. Apabila selesai sembahyang Istikharah hendaklah ia membaca doa seperti berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ(Sebutkan hajat) عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ( Sebutkan hajat) عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي
Ya Allah, aku mohon pilihanMu dengan ilmuMu, kemampuan dengan kudratMu dan kurniaMu yang Maha Agung kerana sesunggunhnya Engkau Maha berkuasa dan aku berdaya, Engkau Maha Mengetahui, aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika menurut ilmuMu bahawa urusan ini baik bagiku, baik untuk agama mahupun dunia dan akhiratku sama ada lambat atau cepat takdirkanlah ia bagiku, mudahkanlah bagiku, berkatilah bagiku. Dan jika menurut ilmuMu bahawa urusan ini buruk bagiku, agama, dunia dan akhiratku sama ada lambat atau cepat jauhkanlah daripadaku hindarkanlah daripadaku dan takdirkan untukku kebaikan dari manapun datangnya dan jadikan aku reda menerimanya.
Kemudian ucapkan hajat selepas (هَذَا الأَمْرَ)
( Riwayat Buhkari)

29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا صَلَّى الْفَجْرَ جَلَسَ فِي مُصَلاَّهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَسَنًا
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Samurah RA katanya Rasulullah SAW apabila selesai sembahyang subuh, baginda di tempat sembahyang sehingga terbit matahari dalam keadaan baik.
( Riwayat Muslim)

30- Mandi Hari Jumaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba seseorang kamu pada hari Jumaat, hendaklah ia mandi.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ وَقَفَتْ الْمَلائِكَةُ عَلَى بَابِ الْمَسْجِدِ يَكْتُبُونَ الأَوَّلَ فَالأَوَّلَ وَمَثَلُ الْمُهَجِّرِ كَمَثَلِ الَّذِي يُهْدِي بَدَنَةً ثُمَّ كَالَّذِي يُهْدِي بَقَرَةً ثُمَّ كَبْشًا ثُمَّ دَجَاجَةً ثُمَّ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ طَوَوْا صُحُفَهُمْ وَيَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat, para malaikat berada di pintu masjid, mereka menulis yang hadir awal adalah diawalkan. Perumpamaan yang hadir awal, mereka itu diumpamakan seperti mengorbankan seekor unta, yang berikutnya umpama seekor lembu, berikutnya seekor kambing kibas, seekor ayam, dan yang terakhir adalah umpama mengorbankan sebiji telur. Apabila imam keluar, mereka menutup buku catatan dan mendengar peringatan dari kutbah.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ فِيهِ سَاعَةٌ لا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW menyebut tentang hari Jumaat, baginda bersabda: Pada hari Jumaat ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba sedang ia bersembahyang kemudian ia memohon sesuatu daripada Allah Taala melainkan diberi padanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda.
(Riwayat Muttafaqun Alaihi)

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW pada hari raya baginda pergi dan balik masjid melalui jalan yang berlainan.
( Riwayat Buhkari)

34- Sembahyang Jenazah

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyaksikan jenazah hingga disembahyangkan ia mendapat satu qirat dan sesiapa yang menyaksikannya hingga dikebumikan ia mendapat dua qirat. Ditanya kepada baginda: Apa itu qirat? Baginda bersabda: Ia seperti dua gunung yang besar.
(Riwayat Muslim)

** Dalam riwayat lain ada menyebut satu qirat adalah sebesar gunung Uhud

35- Ziarah Kubur-kubur

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
Maksudnya:
Daripada bapa Abdullah bin Buraidah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, sekarang kamu ziarahilah kubur.
( Riwayat Muslim)


Sunnah Puasa

36- Sahur

أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW besabda: Sahurlah kamu semua kerana dalam sahur ada keberkatan.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

37- Segera Berbuka Puasa

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa'd RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Manusia sentiasa dalam keadaan kebaikan apabila mereka bersegera membuka puasa.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

38-Menghidupkan Ramadhan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan kesempurnaan, pasti di ampunkan dosa yang telah terdahulu.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)


39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan.
( Riwayat Bukhari)

40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya:
Daripada Abu Ayub al-Anshari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan kemudian diikuti enam hari dalam bulan Syawal, ia seolah-olah berpuasa sepanjang masa.
( Riwayat Muslim)

** Boleh puasa pada mana-mana hari sepanjang bulan syawal sama ada berturut atau berselang hari mengikut keselesaan.

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي بِثَلَاثٍ لا أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاةِ الضُّحَى وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, kekasihku mewasiatkanku agar tidak meninggalkan hingga mati, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang dhuha dan sembahyang witir.
(Riwayat Muttafaqun Alaihi)
** Di antaranya puasa pada 13,14 dan 15 setiap bulan hijriah.

42- Puasa Hari Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya:
Daripada Abu Qatadah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya setahun yang lalu dan setahun akan datang.
( Riwayat Muslim)

** Hari Arafah adalah 9 Zulhijjah

43- Puasa Hari Asyura

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Qatadah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari Asyura, Allah akan menghapuskan dosanya setahun yang lalu.
( Riwayat Muslim)

** Sunat berpuasa pada 9,10,11 atau, 9 dan 10, atau 10 dan 11 Muharam atau sepuluh Muharam sahaja.

Sunnah Dalam Musafir

44- Pilih Seorang Ketua

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ ثَلاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiga orang dalam pengambaraan, heandaklah mereka melantik seorang sebagai ketua.
(Riwayat Abu Daud)

45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: Apabila melalui tempat tinggi kami bertakbir dan bertasbih apabila menuruni ke tempat rendah.
(Riwayat Bukhari)

46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat

سَمِعْتُ خَوْلَةَ بِنْتَ حَكِيمٍ السُّلَمِيَّةَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Maksudnya:
Daripada Khaulah binti Hakim as-Salim RA katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang turun singgah di tempat singgahan kemudian membaca:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan yang telah dicipta) Ia tidak ditimpakan bahaya sehingga beredar dari tempat itu
(Riwayat Muslim)

47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir

وَقَالَ كَعْبُ بْنُ مَالِكٍ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ بَدَأَ بِالْمَسْجِدِ فَصَلَّى فِيهِ
Maksudnya:
Daripada Ka'b bin Malik RA katanya Rasulullah SAW apabila kembali dari musafir baginda pasti singgah di masjid lalu sembahyang di dalamnya.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

Sunnah Ketika Pakai Pakaian Dan Makan

48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَجَدَّ ثَوْبًا سَمَّاهُ بِاسْمِهِ إِمَّا قَمِيصًا أَوْ عِمَامَةً ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

Maksudnya:
Daripada Abi Said al-Khudri katanya, Rasulullah SAW apabila mendapat baju, baginda menamakannya dengan namanya sama ada kemeja labuh atau sarban. Kemudian baginda berdoa:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ
(Ya Allah, bagiMu pujian. Engkau memberiku pamakaian. Aku memohonMu dari kebaikannya dan kebaikan dari apa yang diperbuatkan baginya, aku berlindung denganMu dari keburukannya dan keburukan dari apa yang diperbuatkannya.)
( Riwayat Abu Daud)

49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيُمْنَى وَإِذَا خَلَعَ فَلْيَبْدَأْ بِالشِّمَالِ وَلْيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا أَوْ لِيَخْلَعْهُمَا جَمِيعًا

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang itu memakai alas kaki, hendaklah ia memulakan dengan kaki kanan dan apabila ia menanggalkannya hendaklah memulakan dengan kaki kiri. Apabila memakai hendaklah ia memakai kedua belah kaki dan apabila menanggalkannya hendak menanggalkan kedua-dua belah kaki.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)


50- Baca Bismillah Ketika Makan

مِنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ كُنْتُ فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ لِي يَا غُلامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

Maksudnya:
Daripada Umar bin Abi Salamah RA katanya: Ketika aku berada di bilik Rasulullah SAW. Tanganku melulu ke dalam dulang. Rasulullah SAW terus menegurku: Wahai anak muda, bacalah bismillah, makan dengan tangan kanan dan makan apa yang ada di hadapanmu.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَيَرْضَى عَنْ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الأَكْلَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah reda terhadap hambaNya jika ia makan sesuap makanan dengan memuji ke atasNya atau ia minum dengan seteguk minuman ia memuji ke atas Allah.
( Riwayat Muslim)

52- Minum Dalam Keadaan Duduk

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW melarang seseorang itu dari minum dalam keadaan berdiri.
( Riwayat Muslim)

53-Berkumur Dengan Susu

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا فَمَضْمَضَ وَقَالَ إِنَّ لَهُ دَسَمًا

Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW minum susu segar dengan berkumur dan baginda bersabda: Ia ada lemak.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

54- Tidak Mencela Makan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW tidak pernah sesekali mencela makanan, jika baginda berselera baginda makan dan jika tidak suka baginda akan meninggalkannya.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi )

55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

عَنْ ابْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِثَلاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا

Maksudnya:
Daripada bapa Ka'b bin Malik RA katanya Rasulullah SAW makan dengan tiga jari dan memjilat jarinya sebelum baginda lap tangan.
( Riwayat Muslim)

56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

قَالَ أَبُو ذَرٍّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عن ماء زمزم إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ وزاد الطيالسي: (( وشفاء سُقم ))
Maksudnya:
Daripada Abu Zar RA katanya Rasulullah SAW bersabda tentang air zam-zam: Sesungguhnya ia air yang diberkati, ia adalah makanan mengeyangkan. Ditambah oleh at-Tuyalisi: Ia adalah ubat penyembuh penyakit.
( Riwayat Muslim)

57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ
وَقَالَ مُرَجَّأُ بْنُ رَجَاءٍ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW tidak beredar pergi ( ke masjid ) hingga baginda menikmati beberapa biji kurma. Dalam riwayat lain bahawa baginda makan dengan bilangan ganjil.
(Riwayat Bukhari)


Sunnah Zikir Dan Doa

58- Banyak Membaca Al-Quran

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Umamah al-Bahili katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah al-Quran kerana ia boleh memberi syafaat kepada penemannya.
(Riwayat Muslim)

59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا أَذِنَ اللَّهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِنَبِيٍّ حَسَنِ الصَّوْتِ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ يَجْهَرُ بِهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak izin untuk sesuatu melainkan diizinkan untuk nabiNya iaitu membaguskan suara, melagukan al-Quran dengan menyaringkannya.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyebut Allah dalam setiap masa.
( Riwayat Muslim)

61- Bertasbih

عَنْ جُوَيْرِيَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ عِنْدِهَا بُكْرَةً حِينَ صَلَّى الصُّبْحَ وَهِيَ فِي مَسْجِدِهَا ثُمَّ رَجَعَ بَعْدَ أَنْ أَضْحَى وَهِيَ جَالِسَةٌ فَقَالَ مَا زِلْتِ عَلَى الْحَالِ الَّتِي فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا قَالَتْ نَعَمْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلاثَ مَرَّاتٍ لَوْ وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maksudnya:
Daripada Juwairiyah RA mengisahkan, bahawa Rasulullah SAW keluar awal selepas sembahyang Subuh ketika dia masih duduk di masjid kemudian kembali semula ketika waktu dhuha. ketika itu dia masih lagi duduk. Rasulullah SAW bersabda: Kamu masih lagi dalam keadaan begini sejak aku tinggalkan kamu? Katanya : Ya. Sabda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku ucap selepas kamu empat perkataan sebanyak tiga kali jika ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan semenjak hari ini pasti menyamainya. Iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
(Maha Suci Allah dan puji-pujian bagiNya sebilangan ciptaanNya, keredaan diriNya, timbangan arasyNya dan sebanyak tulisan perkataanNya.)
( Riwayat Muslim)

62- Mendoakan Orang Yang Bersin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kamu bersin hendaklah ia ucap:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
(Puji-pujian untuk Allah).
Dan orang yang mendengarnya,ucap:
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
(Allah merahmatimu).
Dan apabila saudaranya berkata yarhamkallah, hendak orang bersin ucap:
يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
( Semoga Allah memberi hidayah dan baiki kamu).

( Riwayat Bukhari)


63- Doa Untuk Pesakit

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى رَجُلٍ يَعُودُهُ فَقَالَ لا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW apabila melawat seseorang baginda berdoa:
لاَ بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Tidak mengapa, bersih insya Allah.
( Riwayat Buhkhari)

64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya:
Daripada Uthman bin Abi al-Ashas al-Thaqafi RA katanya ia mengadu kepada Rasulullah SAW kesakitan pada tubuhnya sejak menjadi Islam. Baginda bersabda kepadanya: Letakkan tangan kamu pada tempat sakit di tubuh kamu kemudian baca: بِاسْمِ اللَّهِ
( dengan nama Allah ) tiga kali dan baca tujuh kali
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
( Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang ada dan menguatirkanku )
( Riwayat Muslim)


65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar kokokkan ayam, mintalah kepada Allah kelebihannya, kerana ia telah melihat malaikat dan apabila kamu mendengar jeritan kaldai, mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan.
( Riwayat Muttafqun Alaihi)

66-Berdoa Ketika Hujan Turun

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila manpak hujan baginda berdoa:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
( Ya Allah hujanilah yang mendatangkan manfaat ).
( Riwayat Bukhari)

67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ لا مَبِيتَ لَكُمْ وَلا عَشَاءَ وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah Ra katanya, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumahnya lalu ia zikir kepada Allah ketika masuk dan ketika ia makan, syaitan akan berkata: Tiada bermalam dan tiada makan malamlah untukmu. Apabila ia masuk tanpa zikir kepada Allah ketika masuk, syaitan akan berkata: dapat bermalam. Apabila tiada zikir kepada ketika makan, syaitan berkata: kamu dapat bermalam dan makam malam ( ditujukan kepada syaitan itu sendiri).
( Riwayat Muslim)

68-Baca Zikir Dalam Majlis

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلاَّ كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu kaum yang berada di satu majlis, mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada nabi mereka, melainkan mereka ditimpa kedukaan. Jika dikehendaki mereka diazab dan jika dikehendakki diampunkan mereka.
( Riwayat Tarmizi)

69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاءَ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Maksudnya:
Daripada Abdul Aziz bin Shuhaib katanya Anas bin Malik berkata, nabi SAW apabila hendak masuk ke tandas baginda berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari syaitan jantan dan syaitan betina.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

70- Berdoa Ketika Angin Bertiup

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَصَفَتْ الرِّيحُ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ
Maksudnya:
Daripada Aisyah isteri Rasulullah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW apabila angin bertiup kencang, baginda berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya, kebaikan apa yang bersamanya, dan kebaikan apa yang Engkau kirimkan dengannya. Aku berlindung denganMu dari keburukannya, keburukan apa yang bersamanya dan keburukan yang Engkau kirimkan dengannya.
( Riwayat Muslim)

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

أُمُّ الدَّرْدَاءِ قَالَتْ حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ دَعَا لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Maksudnya:
Daripada Abu Dardak RA katanya, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang berdoa untuk saudaranya yang tiada bersama, malaikat yang mewakili berkata amin dan untuk kamu seperti itu juga.
( Riwayat Muslim)

72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلاَّ أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya:
Daripada Ummu Salamah RA katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana dari kalangan orang Islam yang timpa sesuatu musibah ia berucap sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

("Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran dalam musibahku dan gantikanlah bagiku yang lebih baik darinya").
( Riwayat Muslim)

** Apabila ia ucap seperti demikian pasti Allah akan menganti yang lebih baik untuknya.

73- Menyebarkan Salam

قَالَ الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَنَهَانَا عَنْ خَوَاتِيمِ الذَّهَبِ وَعَنْ آنِيَةِ الْفِضَّةِ وَعَنْ الْمَيَاثِرِ وَالْقَسِّيَّةِ وَالإِسْتَبْرَقِ وَالدِّيبَاجِ

Maksudnya:
Daripada Al-Bara' bin A'zib RA katanya, Rasulullah SAW menyuruh kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Menyuruh kami melawat orang sakit, mengiringi jenazah, berdoa untuk orang yang bersin, mematuhi sumpah, menolong orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan memenuhi jemputan. Baginda melarang kami dari memakai cincin emas, menggunakan perkakas perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Berbagai Sunnah

74- Menuntut Ilmu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut suatu ilmu, Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga.

( Riwayat Muslim)
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولا كُنَّا فِي مَجْلِسٍ عِنْدَ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ فَأَتَى أَبُو مُوسَى الأَشْعَرِيُّ مُغْضَبًا حَتَّى وَقَفَ فَقَالَ أَنْشُدُكُمْ اللَّهَ هَلْ سَمِعَ أَحَدٌ مِنْكُمْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الاسْتِئْذَانُ ثَلاثٌ فَإِنْ أُذِنَ لَكَ وَإِلاَّ فَارْجِعْ
Maksudnya:
Daripada Abu Musa al-Asyari RA katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Minta izin hanya tiga kali, sekirannya diizinkan, ia untuk kamu, jika tidak diizinkan hendaklah kamu balik.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وُلِدَ لِي غُلامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى
Maksudnya:
Daripada Abu Musa al-Asya'ari RA katanya: Aku baru mendapat anak lelaki, lalu aku bawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim serta mengtahnikkannya dengan sebiji kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Selepas itu baginda kembalikan semula kepadaku. Ia adalah anak sulong Abu Musa.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

** Tahik adalah mengunyah makanan manis, kemudian digosokkan dalam mulut bayi yang baru lahir. Seeloknya dengan kurma dan dilakukan oleh orang yang alim serta warak bagi mendapat keberkatan.

77- Akikahkan Anak

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْفَرَعِ مِنْ كُلِّ خَمْسِ شِيَاهٍ شَاةٌ وَأَمَرَنَا أَنْ نَعُقَّ عَنْ الْجَارِيَةِ شَاةً وَعَنْ الْغُلامِ شَاتَيْنِ
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyuruh kami mengasingkan setiap lima kambing dengan satu kambing, mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki dengan dua ekor kambing.
( Riwayat Ahmad )

78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ أَنَسٌ أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ قَالَ فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنْ الْمَطَرِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا قَالَ لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya kami terkena hujan ketika kami bersama Rasulullah SAW. Anas berkata: Rasulullah SAW menyingkap baju baginda hingga dibasahi hujan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah SAW, mengapa buat begini? Baginda bersabda: Kerana ia janji baru dengan Tuhannya.
( Riwayat Muslim)

79- Melawat Pesakit

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا خُرْفَةُ الْجَنَّةِ قَالَ جَنَاهَا

Maksudnya:
Daripada Thauban maula Rasulullah SAW katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi pesakit, ia akan sentiasa berada dalam taman yang renum di Syurga.
( Riwayat Muslim)


80- Senyum

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
Maksudnya:
Daripada Abu Zar katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Jangan anggap kecil sesuatu perkara makruf walau bertemu saudaramu dengan bermanis muka.
( Riwayat Muslim)

81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لاَ غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki mengunjungi saudaranya di sebuah kampung lain. Allah lalu mengutuskan malaikat untuk menghalangi orang itu di dalam perjalanan. Ketika bertemu, malaikat bertanya: Kamu mahu ke mana? Jawab lelaki itu: Aku hendak menziarahi saudaraku di kampung sana. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana nikmat yang ada padanya? Kata lelaki itu: Tidak! Cuma aku mencintai saudaraku kerana Allah Yang Maha Mulai lagi Maha Agong. Malaikat berkata: Aku utusan Allah yang diutus kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu.
( Riwayat Muslim)

82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ أَبِي كَرِيمَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَحَبَّ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيُعْلِمْهُ أَنَّهُ يُحْبِبْهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Karimah al-Mikdam bin Ma'di Kariba RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahunya bahawa mencintainya.
( Riwayat Ahmad)


83- Tutup Mulut Apabila Menguap

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَانُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan, apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: Ha ( bunyi suara dari menguap ), syaitan pasti ketawa.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

** Menutup tangan mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap dan jangan mengeluarkan bunyi hembusan angin yang keluar.

84- Sangka Baik Terhadap Manusia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلا تَحَسَّسُوا وَلا تَجَسَّسُوا وَلا تَحَاسَدُوا وَلا تَدَابَرُوا وَلا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu bersangka-sangka dengan sangkaan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara

( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah

عَنْ الأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ
Maksudnya:
Daripada al-Aswad katanya aku bertanya Aisyah RA: Apa yang Rasulullah SAW buat dalam rumahnya? Kata Aisyah RA : Baginda membantu melakukan kerja keluarganya, apabila tiba waktu sembahyang baginda keluar untuk sembahyang.
(Riwayat Bukhari)

86- Sunnah Fitrah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رِوَايَةً الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA kata, Rasulullah SAW bersabda: Lima perkara fitrah adalah bersunat, cukur bulu ari-ari, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

87- Menjaga Anak Yatim

قَالَ سَهْلٌ بْنَ سَعْدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَقَالَ بِإِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى

Maksudnya:
Daripada Sahl bin Sa’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku dan pembela anak yatim dalam syurga seperti ini dengan isyarat jari telunjuk dan jari tengah.
( Riwayat Bukhari)

88- Menjauhi Marah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لاَ تَغْضَبْ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang lelaki bercakap kepada nabi SAW: Wasiat kepadaku. Baginda bersabda: Jangan marah. Diulangnya beberapa kali dengan berkata jangan marah.
(Riwayat Bukhari)


89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan yang dilindungi Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup dalam suasana beribadat kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang kekasih yang bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dirayu oleh wanita berkedudukan dan jelita tetapi ia menolak dengan berkata: Aku sangat takutkan Allah. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkah oleh tangan kanan dan orang yang berzikir kepada Allah secara perseorangan bersama linangan air matanya.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

90-Bersedakah Jariah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, dikecualikan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.
( Riwayat Muslim)

** Sedekah jariah adalah sedekah yang masih dapat dimanfaatkan orang ramai walaupun setelah pemberi sedekah itu mati. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang masih diamalkan oleh manusia setelah ia mati. Anak soleh adalah anak yang baik agamanya, ia sentiasa mendoakan ibubapanya yang walaupun kedua mereka telah mati.

91- Membina Masjid

عَنْ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ يَقُولُ عِنْدَ قَوْلِ النَّاسِ فِيهِ حِينَ بَنَى مَسْجِدَ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ أَكْثَرْتُمْ وَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya:
Daripada Uthman bin Affan RA katanya ketika orang berbual-bual tentang pembinaan masjid Rasulullah SAW: Kamu perbanyakkanlah. Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membina satu masjid, kata Bakir: Aku jangka ia berkata: Hendaklah kerana Allah, Allah membina untuknya seperti itu juga dalam syurga.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

92-Telorensi Ketika Berjualbeli

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ وَإِذَا اشْتَرَى وَإِذَا اقْتَضَى
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah merahmati seseorang yang menjual, membeli dan meminta dengan bertolak ansur
( Riwayat Bukhari )

93- Menghilang Gangguan Jalan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيقِ فَأَخَذَهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang berjalan di jalan, ia mendapati dahan berduri di atas jalan lalu dia ambil. Allah berterima kasih padanya dan mengampunkannya.
( Riwayat Muslim)

** Gangguan jalan bukan sahaja duri, ia termasuk menutup lubang jalan, lopak air, ketul-ketul batu yang ada di atas jalan, bangkai binatang, sampah, najis dan sebagainya.

94-Sedekah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلاَ يَقْبَلُ اللَّهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ وَإِنَّ اللَّهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الْجَبَلِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersedekah sebesar kurma dari benda yang baik, Allah tidak terima kecuali yang baik dan jika menerimanya, Allah menerima dengan kananNya kemudian mengandakan kepada pemiliknya sebagaimana seseorang kamu mengandakan sehingga umpama gunung.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)


95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abbas RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Tiada amalan yang lebih afdhal pada hari-hari ini ( sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda bersabda: walaupu jihad, kecuali seseorang itu keluar kepada yang membahayakan dirinya, hartanya dan ia tidak kembali dengan apa-apa pun ( mati syahid)
( Riwayat Bukhari)

96- Membunuh Cicak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَى حَدِيثِ خَالِدٍ عَنْ سُهَيْلٍ إِلاَّ جَرِيرًا وَحْدَهُ فَإِنَّ فِي حَدِيثِهِ مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِي الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِي الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan.
( Riwayat Muslim)

97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya:
Daripada Hafs bin Asim RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Memadai bagi seseorang itu dianggap berbohong jika ia bercakap tentang semua perkara yang ia dengar.
( Riwayat Muslim)

98- Memberi Nafkah Keluarga

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْبَدْرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا أَنْفَقَ عَلَى أَهْلِهِ نَفَقَةً وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً
Maksudnya:
Daripada Abu Masoud al-Badri RA katanya Rasulullah SAW bersabda: seseorang Muslim apabila menafkahkan keluarganya sedang ia berhutang, ia diberi pahala sedekah.
( Riwayat Muslim)

99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا طَافَ الطَّوَافَ الأَوَّلَ خَبَّ ثَلاثًا وَمَشَى أَرْبَعًا...
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW apabila bertawaf pusingan pertama hingga tiga, baginda bertawaf dengan mepercepatkan langkah ( ramal iaitu berlari-lari anak) dan berjalan pada pusing ke empat
(Riwayat Muttafaqun Alaihi)

** Ramal iaitu berlari-lari anak dengan langkah kecil pada pusingan pertama hingga habis pusing ketiga bagi mareka yang baru tiba ke Mekah sama ada dalam ibadat haji atau umrah.

100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ وَقَالَ اكْلَفُوا مِنْ الأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ

Maksudnya:
Daripada Aisyah Ra katanya Rasulullah SAW ditanya yang manakah amalan yang sangat disukai Allah ? Baginda bersabda: Amalan yang berterusan walaupun sedikit. Dan baginda bersabda lagi: Peliharalah amalan-amalan yang kamu mampu lakukan.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Dihimpun oleh:

Ibnu al-Farouk
اللهم اغفر لي ولوالدي والمسلمين والمسلمات وانصر المجاهدين وثبت اقدامهم وسدد رميهم ,,
اللهم توفني مجاهداً في سبيلك مقبلاً غير مدبر شهيداً آميــــن

Ya Allah, ampunilahku, ibubapaku, orang-orang muslimin, bantulah mujahidin, teguhkan kaki mereka dan lancarkan lontaran mereka…
Ya Allah matikanku dalam keadaan berjihad pada jalanMu yang diterima dengan tiada perancangan sebagai syahid amin.